Featured Posts

Tuesday, August 9, 2016

Biskut/Roti/Kek

ROTI DAN BISKUT LEKIR


PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT)
(Pemprosesan Makanan)

Pembangunan Industri Asas Tani adalah salah satu program utama Jabatan Pertanian dan telah dikenalpasti sebagai satu Projek Berimpak Tinggi. Program ini telah banyak memberi manfaat dan kesan positif terhadap peningkatan taraf ekonomi pengusaha dan usahawan. Bagi membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka, YAB Perdana Menteri telah meminta Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan mengadakan program khusus untuk mempelbagai dan menambah pendapatan petani, penternak dan nelayan.
Program ini menumpu kepada aktiviti hiliran dan asas tani dan kini merupakan sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Industri Asas Tani secara lancar untuk mendapat impak yang terbaik, pendekatan pengembangan perlu dititikberatkan. 'Impact point' seperti premis dan peralatan; pengurusan pengeluaran; pengurusan kewangan; pengurusan pemasaran; kebersihan, sanitasi dan pengendalian serta kualiti produk perlu dititikberatkan. Strategi untuk meningkatkan keupayaan pengusaha dan usahawan dibincangkan. Strategi ini termasuk memilih peserta yang betul; meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengusaha dan kemahiran pengusaha melalui latihan dan motivasi; meningkatkan kapasiti pengeluaran; meningkatkan kualiti, persembahan dan pembungkusan produk; memberi bimbingan dan khidmat nasihat berterusan; mengadakan penjenamaan, promosi dan pengedaran produk yang berkesan; dan meningkatkan kapasiti dan komitmen pembimbing.
Industri asas tani mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pengusaha dan usahawan. Komitmen dan dedikasi pegawai pembimbing dan pengusaha amat perlu untuk mencapai objektif negara dan pemimpin. Pendekatan pengembangan yang terancang dan dilaksanakan dengan baik akan membuahkan kejayaan.  Pengusaha-pengusaha terdiri daripada orang perseorangan dan berkumpulan.

KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)
JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Sejarah Penubuhan KPW:
Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) telah ditubuhkan dalam tahun 1978 di bawah naungan Jabatan Pertanian.  KPW merupakan organisasi wanita tani yang dipimpin oleh pemimpin dari kalangan wanita tani sendiri dengan bimbingan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.
KPW adalah saluran khusus bagi penyampaian maklumat dan perlaksanaan projek-projek di bawah Program Pembangunan Keluarga Tani (PKT), Jabatan Pertanian iaitu satu program yang ditujukan khas untuk membangunkan keluarga tani, melalui kumpulan-kumpulan wanita tani sebagai golongan sasaran.  Dari suri-suri rumah biasa, KPW membentuk pemimpin-pemimpin dari kalangan mereka supaya berdikari dan berupaya mengendalikan projek-projek yang berdaya maju, sekaligus membantu para suami menambahkan pendapatan dan membendung kemiskinan dengan bimbingan Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.
Disamping kemunculan pemimpin dari kalangan wanita tani, ribuan usaha-usaha kecil yang berani menceburkan diri dalam aktiviti ekonomi turut dilahirkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk dan melahirkan usahawan industri-industri kecil.  Melalui program PKT, ahli-ahli KPW menjadi lebih matang dan lebih bijak mengurus dan mengendalikan rumahtangga dan keluarga melalui aktiviti latihan di bawah projek meningkatkan kualiti hidup keluarga tani.  Mereka juga peka terhadap konsep pengindahan rumah dan persekitaran, lantas turut memainkan peranan yang penting untuk menjadikan persekitaran rumah dan kawasan cantik dan ditanami dengan sayur-sayuran. Pada masa sekarang, perancangan projek-projek KPW masih PKT dan usaha-usaha telah dijalankan bagi membolehkan KPW berdikari sepenuhnya di bawah pimpinan ahli-ahli KPW sendiri.
Misi:Menjadikan KPW sebagai satu badan penggerak kepada kumpulan wanita tani untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat tani menerusi peningkatan pengetahuan kemahiran dan keusahawanan.
Visi:KPW sebagai penggerak utama kepada usahawan tani bagi meningkatkan sosio ekonomi ke arah membina masyarakat maju pada tahun 2012. KPW mendapat pengiktirafan pada tahun 1987.
l

KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW)
DAERAH MANJUNG

1.  KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA KG. SUNGAI TIRAM, LEKIR
KPW Kg. Sungai Tiram, Lekir ditubuhkan pada 2 November 1998 dengan bilangan ahli seramai 37 orang.  Purata umur ahli adalah diantara 30-60 tahun yang merupakan pengusaha, suri rumah dan juga petani.
Matlamat Penubuhan:
  • Memupuk semangat persaudaraan di kalangan kaum wania tanpa mengira fahaman politik atau ideologi.
     
  • Membentuk kemuafakatan bagi meningkat perkembangan dalam semua bidang seperti sosial, ekonomi, agama dan sebagainya.
     
  • Membentuk kumpulan wanita yang aktif bagi menggalakkan pertambahan sumber ekonomi keluarga dan penggerak kepada kemajuan kampung.
     
  • Meningkatkan pendapatan ahli supaya kukuh ekonomi keluarga disamping meningkatkan kewangan kumpulan.
     
  • Melahirkan 10 orang daripada ahli projek berpendapatan lebih dari RM1,500.00 sebulan.

Ahli Jawatankuasa KPW Sungai Tiram:
Terdiri daripada Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan beberapa Ahli Jawatankuasa.  4 biro ditubuhkan iaitu, Biro Projek Industri Kecil, Biro Pertanian/Ternakan, Biro Kebajikan dan Sosial dan Biro Pengindahan Kampung.
Aktiviti Kumpulan:
  1. Projek Pertanian
  2. Projek Ekonomi(Industri Kecil)
  3. Program Kebajikan
  4. Program Sosial
Projek Pertanian:Tanaman sayur-sayuran keliling rumah, buah-buahan keliling rumah, tanaman singkat masa keliling rumah, bunga-bungaan, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, koko, tebu dan pisang.
Projek Ekonomi:
  1. Memproses makanan 
    (kerepek pisang, rempeyek, bahulu, santan, nata de coco, kerisek, keropok lekor, ikan masin
    tapai, kueh basah, sos cili)
     
  2. Kraftangan
    (tikar mengkuang)
     
  3. Perkhidmatan
    (jahitan, ketering, sewa peralatan pengantin, sewa pinggan mangkuk)
     
  4. Pengeluaran Pertanian
    (tebu, kelapa, kelapa sawit, kelapa pandan, pisang)
     
  5. Ternakan
    (ayam kampung, lembu feedlot, kambing, arnab)
Kebanyakan produk dijual sendiri oleh peserta dengan cara menjaja, dibawa ke lokasi jualan terus dan ada juga pembeli/pemborong datang terus ke rumah/bengkel.
Projek Kebajikan:KPW juga memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis kenduri kendara di kampung dengan membuat kuih-muih. memasak dan menghidangkan makanan dan juga turut serta dalam khairat kematian.

Program Sosial:Mengadakan Kelas Fardhu 'Ain, Kelas Tajwid dan Kelas Tafsir Al-Quran.
Mengadaan kelas memproses makanan/penyelenggaran tanaman oleh Jabatan Pertanian.

ROTI DAN BISKUT LEKIR





 
Blogger Templates